Sunday, October 24, 2010

Kemudahan Yang Disediakan

Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya (Taha D' Kelana) kini lebih kompetitif dalam menyediakan kemudahan bagi tujuan peribadi dan perniagaan. Dengan khidmat kakitangan yang professional dan mesra pelanggan, kemudahan yang selesa dan berkualiti, berserta harga yang berpatutan KTHKJ (Taha D' Kelana) semakin menjadi pilihan.

Kadar Sewa Bagi Dewan

KTHKJ (Taha D' Kelana) menyediakan 7 buah dewan pelbagai saiz yang dapat menampung kapasiti dari 20 orang sehimgga 400 orang (tertakluk kepada susunan). Di samping itu kemudahan lain juga disediakan seperti kafeteria, alat pandang dengar, alat tulis dan tempat kereta yang luas, Terdapat juga sebuah masjid di dalam Kompleks ini bagi memudahkan umat Islam untuk beribadat.

Keistimewaan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya (Taha D' Kelana)

Terdapat sebanyak 76 bilik yang lengkap dan selesa disediakan.
Keselamatan di KTHKJ (Taha D' Kelana) juga terjamin dengan kawalan 24 Jam.
Faktor lokasi yang berhampiran dengan bandar-bandar utama dan pusat-pusat perniagaan menjadikan KTHKJ (Taha D' Kelana) lebih digemari kerana memudahkan urusan.

Kemudahan sukan & riadah yang disediakan:

Ping-pong
Dart
Karom
Congkak
Badminton
Sepak Takraw

Tempat-tempat pelancongan yang berdekatan dengan (Taha D' Kelana)

Sunway Lagoon (Subang Jaya)
Sunway Pyramid (Subang Jaya)
Giant Hypermarket (Kelana Jaya)
Subang Parade (Subang Jaya)
One Utama (Damansara)
Stadium MPPJ (Petaling Jaya)
Taman Pertanian Bukit Cerakah (Shah Alam)
FRIM (Kepong)

Kemudahan pengangkutan ke (Taha D' Kelana)
Justify Full
Bas
Teksi
Putra LRT – Stesen Kelana Jaya dan Taman Bahagia

Latar Belakang TH Kelana Jaya (Taha D'Kelana)

Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya (KTHKJ) ataupun dikenali sebagai Kompleks Jemaah Haji telah mula beroperasi pada tahun 1983. Fungsi utama kompleks ini adalah bagi memudahkan urusan penghantaran jemaah haji ke Tanah Suci pada setiap musim haji di mana semua urusan check-in dibuat di sini. Kompleks ini juga menyediakan penginapan untuk jemaah haji dari luar Lembah Klang untuk berehat sebentar sebelum berangkat ke Tanah Suci. Di luar Musim Haji, orang ramai dibolehkan untuk menyewa bilik inapan dan juga dewan-dewan yang ada.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template