INFO PETALING JAYA

Petaling Jaya atau PJ, diwujudkan pada tahun 1952 sebagai sebuah bandar setelit bagi bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan PJ adalah kira-kira 97.2 km2, menjadikannya bandar paling pesat di Selangor. Petaling Jaya terletak di daerah Petaling yang merupakan daerah terbesar dan termaju di negeri Selangor.

Pada 20 Jun 2006 Petaling Jaya dinaikkan taraf menjadi sebuah bandaraya dan tidak lagi sebagai bandar satelit kepada bandaraya Kuala Lumpur. Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato` Ahmad Termizi Puteh kini menerajui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang baru ditubuhkan. Beliau juga ialah bekas presiden Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template