Assalammulaikum..
kepada semua umat islam malaysia..kepada yang memasuki blog saya, saya ucapkan ribuan terima kasih dan saya akan cuba memberikan info-info yang saya ketahui mengenai Tabung Haji kelana Jaya (TaHa D'Kelana)..insyaallah..
1962 Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (30 September 1963)
1969 Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji (Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji Dan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji)
30 September 1969 TH ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia Akta 8 TH dan Akta A168 TH (Pindaaan) 1973.
1 Januari 1973 TH Negeri Selangor ditubuhkan dan beroperasi di Tingkat Bawah Bangunan TH Jalan Ipoh, KL.
1 Februari 1974 Wilayah Persekutuan ditubuhkan. 2 Januari 1979 THWP ditubuhkan dan beroperasi di Tingkat Bawah Bangunan TH Jalan Ipoh di mana TH Negeri Selangor juga di Bawah Pertadbiran yang sama.
1 jun 1980 TH Negeri Selangor berpindah ke Bangunan TH Jalan Kapar Klang. Maka pada 1 Januari 1984 THWP Mengambil Alih Unit Haji dari Jabatan Haji.